I. Apakah itu Bolshevisme?
Bolshevisme adalah Revolusi Sosial yang diidamkan oleh kaum Sosialis selama lebih setengah abad. Ia adalah perjuangan yang tidak dapat dielakkan, yang mesti mengiringi peralihan masyarakat dari Kapitalisme kepada Sosialisme. Ia adalah perjuangan terakhir para pekerja sedunia untuk kekuasaan demi menghapuskan pemerintahan kelas buat selama-lamanya, dan kemelaratan pengeksploitasian.
Sejarah adalah babad penghambaan kelas pekerja dalam pelbagai bentuk – penghambaan harta, perbudakan, penghambaan bergaji. Pada ketika-ketika tertentu, satu kumpulan pengeksploit telah meraih kekuasaan dari kumpulan yang lain – raja-raja dari paderi-paderi, baron-baron dari raja-raja, usahawan-usahawan dari baron-baron, plutokrat-plutokrat dari mereka semua; tetapi sentiasa para pekerja telah membanting tulang, dan sentiasa hasil usaha mereka telah dirampas daripada mereka.
Pelbagai percubaan telah dilakukan oleh para pekerja untuk menumbangkan pengeksplotasi mereka, dan untuk menikmati buah-buah usaha mereka, dalam kata-kata John Ball, “tanpa duit dan tanpa harga.” Setiap percubaan sehingga ini telah dihancurkan dalam darah dan api – pemberontakan-pemberontakan hamba di Rom, pembangkitan-pembangkitan Komunis pada Zaman Pertengahan, Komun Paris pada tahun 1871, dan Revolusi Rusia pada tahun 1905. Dalam Sosialisme, kelas pekerja buat kali pertama mendasarkan wawasan untuk kebebasannya pada fakta saintifik. Bolshevisme adalah Sosialisme dalam amalan. Pada hari ini, para pekerja sedang menyedari kekuatan dan kemampuan mereka untuk memenangi dunia demi Tenaga Pekerja. Mereka sentiasa memiliki kekuatan itu, dan kadang-kala hasratnya juga. Tetapi mereka tidak mempunyai kehendak hati dan pengetahuan cara. Bolshevisme adalah kehendak hati dan caranya.
Perkataan ‘Bolshevisme’, yang dapat diterjemahkan dengan bebas sebagai “rancangan majoriti”, berpunca di sebuah mesyuarat Parti Demokrasi Sosial Rusia pada tahun 1903, yang berpecah menjadi dua kumpulan – pihak majoriti (bolshinstvo) memeluk prinsip-prinsip yang, selepas pengalaman sebenar Revolusi 1905, berkembang menjadi apa yang kita kini memanggil Bolshevisme. Idea utama kaum Bolsheviki pada masa itu adalah bahawa masa ini adalah zaman revolusioner – zaman apabila perjuangan kelas pekerja berubah menjadi revolusi terbuka; bahawa kuasa Tentera Kapitalisme terletak dalam fakta bahawa pengaturannya adalah terpusat, dan dipimpin oleh seorang Jeneral Pegawai – dan bahawa untuk menumbangkan Kapitalisme, Tentera Kelas Pekerja juga perlu diatur secara terpusat, dengan Jeneral Pegawainya sendiri. Pegawai Tentera Kapitalisme ditadbir oleh pihak kapitalis, demi kepentingan minoriti. Pegawai Kelas Pekerja berjuang di bawah arahan dan kepentingan majoriti – iaitu para pekerja.
Di mesyuarat ini, kaum minoriti (menshinstvo) – selepas itu dikenali sebagai kaum Mensheviki – berpendapat bahawa kelas pekerja pada masa itu tidak mempunyai pengetahuan untuk menumbangkan Kapitalisme, mahupun kemampuan untuk mewujudkan susunan sosial baru; dan, maka, bahawa Revolusi Sosial adalah mustahil buat seketika. Lebih-lebih lagi, mereka memercayai bahawa Sosialisme patut dicapai melalui ‘pendidikan’ dan tindakan politik ‘demokratik.’
Bolshevisme adalah bersifat amalan. Ia tidak menganggap bahawa kelas kapitalis akan dikeluarkan dari kekuasaan tanpa perjuangan. Kekuasaan adalah didasarkan pada permilikan swasta. Untuk menjamin kekuasaan, para pekerja mesti menguasai harta kapitalis, dan membasmikan permilikan. Ini mereka hanya dapat melakukan dengan kekuasaan – melalui Pemerintahan Diktator oleh Proletariat.
Pada hari ini, para pekerja dari kesemaua negara sedang mengambil keputusan untuk mengakhiri Kapitalisme. Bolshevisme mendesak bahawa ia adalah kaum Sosialis, iaiti pemikir revolusioner terlatih, yang mesti menunjukkan jalan, dan memimpin para pekerja pada jalan itu.
Seperti yang dikatakan oleh Lenin, “Jika Sosialisme hanya dapat diwujudkan apabila perkembangan intelek rakyat membenarkannya, maka kita tidak akan melihat Sosialisme sekurang-kurangnya buat lima ratus tahun… Parti politik Sosialis – inilah barisan hadapan kelas pekerja; ia tidak dapat membenarkan dirinya dihalang oleh kekurangan pendidikan purata rakyat jelata, tetapi ia mesti menjadi rakyat jelata menggunakan Soviet-Soviet sebagai organ-organ inisiatif revolusioner…”
Soviet-Soviet adalah badan-badan perwakilan bagi majoriti besar kelas pekerja yang tersusun. Tanpa sokongan tanpa ragu-ragu majoriti luas ini, pemimpin-pemimpin revolusioner tidak dapat mencapai apa-apa. Bolshevisme di Rusia berjaya hanya kerana rakyat sudah bersedia untuk mengikutinya. Bolshevisme didirikan pada hari ini di Rusia kerana ia disokong oleh sebahagian besar daripada rakyat Rusia.
Jika ini tidak benar, kaum Bolsheviki sudah akan menghentikan Revolusi Rusia lebih awal. Kuasa mereka adalah berdasarkan Soviet-Soviet, bagi siapa semua orang yang hidup dengan bekerja dapat mengundi – dan wakil-wakilnya tertakluk kepada pemanggilan balik terus-menerus. Soviet-Soviet tempatan berjumpa dengan kerap, dan mungkin dipanggil untuk mesyuarat tambahan dengan amaran pendek, kerana pengundi, iaitu petani atau pekerja, sentiasa terhimpun bersama di ladang-ladang atau di kilang-kilang. Kongres Soviet Se-Rusia, yang terdiri daripada lebih 2,500 orang ahli, berjumpa setiap tiga bulan, di mana Kerajaan bersara secara automatik dan sebuah Kerajaan baru diundi, yang bertanggungjawab kepada Kongres dan Majlis Eksekutif Pusat. Dan pada masa-masa lain, kesemua atau mana-mana ahli Kerajaan dapat dipanggil balik daripada pejabat dengan senang.
Komonwel Sosialis tidak dilahirkan tanpa kesakitan kelahiran yang menakutkan – Pemerintahan Diktator oleh Proletariat. Rusia pada hari ini bukanlah Komonwel Sosialis – dan tidak berpura-pura seperti itu. Sememangnya terdapat Pemerintahan Diktator oleh Proletariat, terlibat dalam mengusahakan perjuangan terakhir kelas pekerja menentang kelas-kelas kapitalis – namun, bukannya terhadap kelas kapitalisnya sendiri, kerana itu telah dikalahkan, tetapi terhadap Kapitalisme Antarabangsa. Sehingga Kapitalisme Antarabangsa ditumbangkan, Pemerintahan Diktator oleh Proletariat tidak akan, tidak dapat, berakhir.
Namun, pada masa ini, Republik Soviet Rusia, yang dibantutkan oleh kekurangan pendidikan rakyat selama beberapa abad oleh kerana pemerintahan zalim dalam kegelapan, dan terlibat dalam usaha mempertahankan dirinya daripada dunia, sudah telah mencapai beberapa kejayaan dalam menyusun industri, pertanian dan pendidikan – hanya memberi kiasan bagi kejayaan-kejayaan hebat susunan baru, apabila penghapusan halangan kapitalis akhirnya membebarkan kebijaksanaan kreatif para pekerja.
Apabila kelas pekerja, iaitu lapisan asas masyarakat, menghela bahu besarnya, seluruh mahastruktur Kapitalis meretak dan jatuh dalam kebinasaan.
Di depan mata kita sendiri, negara demi negara ditarik masuk ke dalam aliran Revolusi Sosial, dengan Bolshevisme di kepalanya.
Bolshevisme adalah Sosialisme yang telah tiba di titik revolusi sosial – di pemerintahan diktator oleh proletariat yang diramalkan oleh Karl Marx.
Matlamat pemerintahan diktator oleh proletariat adalah untuk merampas kuasa kelas kapitalis dan mengagihkannya kepada para pekerja. Ia tidak mempunyai apa-apa matlamat lain.
Cara-cara dan kesesuaian yang ia mesti menggunakan adalah berbeza mengikut keadaan-keadaan. Di Rusia pada hari ini, setengah daripada kekuatan pemerintahan diktator oleh proletariat digunakan untuk mempertahankan dirinya daripada serangan-serangan Kapitalisme Antarabangsa. Tetapi dalam polisi-polisi luar dan dalam, Kerajaan Soviet Rusia disokong oleh majoriti rakyat – petani mahupun pekerja industri.
2. Bolshevisme dan Revolusi Rusia
Bolshevisme telah menyelamatkan Revolusi Rusia. Bagi rakyat Rusia, Revolusi itu bermaksud Kedamaian, Tanah bagi para petani, dan kawalan industri oleh para pekerja. Kelas-kelas yang memiliki harta enggan melepaskan harta mereka; dan kaum Sosialis ‘sederhana,’ yang berpakat dengan pemilik-pemilik tanah dan pihak kapitalis, tidak dapat menjayakan hasrat rakyat. Hanya sebuah kerajaan yang terdiri daripada dan untuk pekerja dan petani secara eksklusif dapat memuaskan tuntutan-tuntutan ini.
Kaum Bolsheviki menyarakan sebuah Kerajaan seperti ini, dan menjadikan tuntutan-tuntutan awam ini dasar bagi rancangan mereka.
Dan sejarah Revolusi Rusia adalah babad kebangkitan rakyat jelata kepada realiti-realiti politik keadaan tersebut.
Penumbangan pemerintahan Tsar, pada bulan Mac 1917, dicapai oleh tindakan spontan oleh rakyat jelata. Pihak borjuasi Liberal tidak melibatkan diri dalam Revolusi itu. Hanya selepas Revolusi itu berjaya, baru mereka memasukinya, melalui Kerajaan Sementara, dan mencuba untuk mengikatnya bagi kegunaan meluaskan Kapitalisme.
Sementara itu, rakyat jelata sendiri sedang beratur. Pada 14hb Mac, Soviet Timbalan Pekerja dan Askar melaungkan: “Bersama-sama, kita akan berjuang untuk penumbangan Kerajaan lama.”
Maka, Soviet-Soviet, yang mewakili pekerja, askar dan petani dengan benar, kelihatan sebagai Kerajaan tulin rakyat – yang, jika ia tidak dipesongkan oleh pihak Sosialis ‘sederhana,’ dapat menjadi Kerajaan Rusia pada awal dalam Revolusi tersebut. Inilah yang tidak pernah dilepaskan oleh kaum Bolsheviki, dengan laungan mereka, “Segala Kekuasaan kepada Soviet!”
Pihak Mensheviki dan Revolusioner Sosialis menguasai Soviet-Soviet; pada awalnya, mereka mengumumkan bahawa Soviet-Soviet akan menjadi “pistol di kepala Kerajaan Sementara, untuk memaksanya menyimpan janji-janjinya.” – tetapi mereka akhirnya memberikan sokongan kepada Kerajaan Sementara dan mencuba membasmikan Soviet-Soviet.
Pihak Sosialis ‘sederhana’ berpegang bahawa, oleh kerana kemunduran ekonomi Rusia, Revolusi hanya dapat menjadi Revolusi politik – bukannya Revolusi sosial. Maka, secara semulajadi, sebuah kerajaan kapitalis perlu didirikan lebih dahulu di Rusia. Tanpa memercayai rakyat jelata dan diri mereka sendiri, mereka enggam merampas kuasa bagi Soviet-Soviet.
Menteri-menteri kapitalis, menyedari kelemahan mereka, mengancam untuk bersara kecuali jika pemimpin-pemimpin Soviet memasuki Kerajaan. Pihak Sosialis ‘sederhana’ mengikut arahan itu; pada 19hb Mei, Kabinet Persekutuan pertama ditubuhkan – yang, dengan kehidupan ekonomi masih dikawal oleh kapitalis-kapitalis, menjadi pihak Mensheviki dan Revolusioner Sosialis penyelamat-penyelamat Kapitalisme di Rusia.
Kerana pihak Sosialis ‘Sederhana’ memerlukan pihak kapitalis lebih banyak daripada pihak kapitalis memerlukan pihak Sosialis ‘Sederhana.’
Dipaksa oleh sikap rakyat, pemimpin-pemimpin Soviet mengisytiharkan syarat-syarat kedamaian Rusia: “Tidak ada penjajahan, tidak ada pampasan, hak penentuan sendiri bagi rakyat-rakyat.” Tetapi Kerajaan Sementara telah meluluskan perjanjian-perjanjian sulit yang dibuat di antara pemerintah Tsar dan kuasa-kuasa Sekutu Eropah, dan pihak Sosialis ‘sederhana’ terus menyokong peperangan yang mereka sendiri telah mengutuk sebagai “pembunuh imperialis tanpa erti.” Selepas tawar-menawar kaum imperialis Sekutu-Sekutu dan dan Rusia, mereka memberikan persetujuan kepada serangan Julai, yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Revolusi, dan mengakibatkan keputusan asa tentera Rusia. Bergantung kepada pihak Kapitalis, mereka disingkirkan kepada usaha merayu kaum imperialis Rusia dan Sekutu-Sekutu untuk menjerumuskan matlamat-matlamat imperialis mereka – dan diabaikan dengan kehinaan.
Dalam tangan sebelah, pihak Sosialis ‘sederhana’ dalam Kerajaan tidak dapat mencapai apa-apa menuju penyelesaian masalah-masalah Tanah dan Industri. Sebenarnya, pergantungan mereka pada pihak kapitalis memaksa mereka bertindak menentang rakyat: Menteri ‘Sosialis’ Kerensky, memperkenalkan semula hukum bunuh dalam tentera; Menteri ‘Sosialis’ Avksentiev, menghantar askar Cossack untuk menindaskan pemberontakan-pemberontakan menentang tuan-tuan tanah; Menteri ‘Sosialis’ Nikitin memecahkan permogokan pekerja keretapi; Menteri ‘Sosialis’ Skobeliev mencuba membasmikan Majlis-Majlis Pekerja.
Sambil mendiamkan hasrat rakyat jelata, pihak Sosialis ‘sederhana’ memberikan pihak kapitalis peluang untuk mengatur dan mencuba menumbangkan Revolusi dengan keganasan – iaitu melalui revolusi-balasan Kornilov.
Ini menghapuskan kepercayaan terakhir rakyat kepada pihak Sosialis ‘sederhana.’ Di sebalik Kornilov dapat dilihat dengan jelas buku lima terpaku kelas-kelas berharta; dan namun, berhadapan kemarahan pahit seluruh negara, pihak Sosialis ‘sederhana’ terus mendesak pembentukan sebuah Kerajaan baru dengan kelas-kelas berharta yang sama!
Apabila kaum Bolsheviki merampas kuasa pada bulan November, tentera sedang mengalami kebuluran dan keputusan asa; tidak terdapat makanan di bandar-bandar; pengangkutan telah dihentikan; permogokan, rusuhan dan masalah pertanian bermaharajalela; kaum kapitalis, dalam Majlis Republik Rusia lebih kuat daripada dahulu; dan Sosialis ‘sederhana’ memberitahu rakyat: “Kami tidak dapat melakukan apa-apa – tunggulah untuk Majlis Perlembagaan!”
Kaum Bolsheviki memberitahu rakyat:
“Pihak Mensheviki dan Revolusioner Sosialis menjanjikan anda Kedamaian, Tanah dan Kawalan Perindustrian lapan bulan yang lalu. Kini mereka menyuruh anda menunggu Majlis Perlembagaan.
“Seperti dengan Kerajaan Sementara, Majlis Perlembagaan adalah perluahan hubungan-hubungan kelas yang sedia ada. Jika pihak kapitalis menguasai Rusia, Majlis Perlembagaan akan melaksanakan hasrat mereka atau dibubarkan. Jika kelas pekerja menguasai Rusia, Majlis Perlembagaan mesti melaksanakan hasrat kita.
“Seluruh struktur Kerajaan dibina untuk melayani dan menjaga Kapitalisme; ia tidak dapat melakukan apa-apa selain itu.
“Anda mesti merampas kuasa, musnahkan seluruh bangunan politik, dan bina sebuah bangunan baru, dikuasi oleh diri anda sendiri, dan disesuaikan untuk melayani kelas pekerja sahaja. Nasib baik, anda sudah mempunyai satu yang sedia – Soviet-Soviet. Segala kuasa kepada Soviet!”
Pada 7hb November 1917, Soviet-Soviet – yang sementara itu telah memperkembangkan majoriti Bolshevik – merampas kuasa Kerajaan. Dan Kerajaan Sementara, disokong oleh Sosialis ‘sederhana,’ tidak dapat menyeru Rusia kepada bantuannya melainkan beberapa orang Cossack, junker dan Penyelamat Putih!
Majlis Perlembagaan, diundi dari senarai-senarai calon yang dilukiskan empat bulan lebih awal, dengan tepat mencerminkan ‘persekutuan’ di antara kapitalis dan Sosialis ‘sederhana’ yang berada dalam kekuasaan pada masa itu. Ia enggan mengesahkan Kerajaan Rakyat Soviet-Soviet, mahupun tuntutan-tuntutan popular. Maka rakyat membubarkannya dan pembubaran itu tidak membawa walau sedikit pun riak pemberontakan di kalangan rakyat Rusia; hanya kaum ‘intelek Sosialis’ dan akhbar New York Times membantah.
Beberapa bula yang lalu, tujuh puluh ahli Majlis Perlembagaan yang masih kekal, dengan Presidennya, Victor Tchernov, menjadi ahli Kerajaan Soviet. Mana-mana tentangan terhadap Bolshevisme berdasarkan Majlis Perlembagaan adalah sah lagi.
Bolshevisme sedang menyebar ke seluruh Eropah. Di setiap negara di dunia ia telah menangkap imaginasi para pekerja yang sedar. Ia menghancurkan Jerman Imperialis; katanya Jeneral Jerman, Hoffman, dalam temuramah baru-baru ini, “Kami tidak menggunakan Bolshevisme. Bolshevisme menggunakan kami!”
* * * * * *
Apa-apa perbincangan mengenai Perjanjian Kedamaian Brest-Litovsk kini adalah akademik semata-mata. Ia telah mencapai matlamatnya untuk memberikan Rusia Soviet waktu rehat untuk bersedia untuk peperangan Revolusi – iaitu peperangan propaganda – yang akhirnya mengakibatkan kekalahan Jerman Imperialis, dan telah memenangi kembali bagi Rusia segala kawasan ‘terampas,’ yang belum diserang atau dipegang oleh Kerajaan-Kerajaan yang dibiayai oleh Sekutu-Sekutu.
Tidak terdapat apa-apa lagi untuk dilakukan oleh kaum Bolsheviki melainkan membuat kedamaian. Apabila Soviet-Soviet mengambil kuasa, oleh kerana polisi zalim Kerajaan-Kerajaan Sementara, tidak terdapatnya Tentera Rusia.
Ini diakui oleh setiap parti; oleh Menteri Peperangan kepada Kerensky, Jeneral Verkovsky, apabila, pada 2hb November, dia mengumumkan bahawa tentera Rusia tidak lagi dapat berjuang; oleh Dan, yang mewakili Sosialis ‘sederhana’ semasa mesyuarat terakhir Majlis Eksekutif Soviet-Soviet Pusat lama pada 6hb Novemner, apabila dia berkata, “Malangnya, Rusia tidak lagi dapat menyokong penerusan peperangan. Kedamaian akan berlaku, tetapi bukannya kedamaian berterusan – bukannya kedamaian demokratik”; dan akhirnya oleh Mahlis Perlembagaan malang sendiri.
Tindakan-tindakan pertama Kerajaan Bolshevik merupakan untuk mencadangkan kepada setiap negara, sebanyak tiga kali, untuk membincang mengenai kedamaian demokratik umum. Jemputan ini tidak dipedulikan, lalu meninggalkan satu-satunya pilihan bagi Kerajaan Soviet untuk membuat kedamaian asing dengan Jerman.
Trotsky ingin memanjangkan perbincangan selama yang dapat, supaya, pertama sekali, rakyat negara-negara Sekutu dapat melihat ketulusan Kerajaan Soviet dan memaksa Kerajaan-Kerajaan mereka untuk mengikuti Mesyuarat tersebut; dan kedua, agar proletariat Jerman mungkin diseru kepada revolusi.
Teori Lenin merupakan: “Sekutu-Sekutu dikuasai oleh pihak Imperialis. Proletariat Jerman belum lagi bersedia untuk bangkit. Kita perlu menandatangani kedamaian. Jika kita tidak menerima syarat-syarat kedamaian yang ditawarkan, maka kita akan dipaksa menerima syarat-syarat yang lebih buruk kemudian. Dan tidak mengira berapa ramai orang memercayai ketulusan kami, ketika apabila kita menandatangani perjanjian kedamaian, kita akan dituduh sebagai ejen Jerman oleh borjuasi di seluruh dunia.”
Rancangan Trotsky dipupuk – dan ramalan Lenin berlaku.
Kata Lenin: “Kami dipaksa menandatangani ‘kedamaian Tilsit’… Kedamaian Tilsit (Napoleon, 1807) merupakan kemaluan Jerman terbesar, dan pada masa yang sama, titik permulaan bagi pembangkitan kebangsaan hebat…
“Oleh kerana borjuasi Inggeris-Perancis dan Amerika berharap mendirikan semula barisan peperangan Timur sekali lagi dengan menarik kami ke dalam pusaran air peperangan, mereka enggan menghadiri mesyuarat kedamaian, dan memberi sokongan untuk memaksa syarat-syarat memalukannya ke dalam kerongkong rakyat Rusia. Ia terletak dalam kuasa negara-negara Sekutu untuk menjadikan perjanjian Brest-Litovsk barisan depan bagi kedamaian umum. Ia adalah salah untuk mereka meletakkan kesalahan bagi kedamaian Rusia-Jerman pada bahu kami…
“Kami berada dalam kubu lemah selagi mana-mana Revolusi Sosial antarabangsa tidak membantu kami dengan tentera-tentera mereka. Tetapi tentera-tentera ini wujud, ianya lebih kuat daripada tentera kami. Mereka bertumbuh, mereka berjuang, mereka menjadi lebih kuat semakin Imperialisme berterusan dengan kezalimannya. Para pekerja di seluruh dunia sedang memutusakan hubungan dan pengkhianat mereka, dengan Gomepers dan Scheidemann. Tanpa dapat dielakkan, tenaga pekerja sedang mendekati taktik-taktik Komunis Bolshevik – sedang bersedia untuk revolusi proletariat yang dapat mengekalakn adat dan umat manusia daripada kebinasaan.
“Kami tidak dapat dikalahkan. Revolusi proletariat tidak dapat dikalahkan.”
3. Pemerintahan diktator proletariat dan demokrasi
Revolusi Sosial telah tiba. Perjuangan terakhir bagi kelas pekerja demi kekuasaan dunia kini sedang diperjuangkan di Rusia. Lenin berkata, semasa Kongres Soviet-Soviet Ke-empat, pada bulan Mac 1918:
“Perang saudara telah membawa tentangan nekad oleh kelas-kelas berharta, yang sedar bahawa ini akan menjadi konflik terakhir lagi penentuan bagi pengekalan permilikan swasta ke atas tanah dan cara-cara pengeluaran, tetapi belum mencapai kemuncaknya. Dalam konflik ini, kejayaan Soviet-Soviet sudah past, tetapi buat seketika, usaha-usaha kami yang paling gigih akan diperlukan. Masa tidak teratur tidak dapat dielakkan – itulah yang berlaku dalam setiap peperangan, lebih-lebih lasgi dalam perang saudara – sebelum tentangan borjuasi dipatahkan.” Sehingga tentangan ini dipatahkan – sehingga kelas kapitalis dihapuskan melalui rampasan hartanya dan pembasmian permilikan swasta, demokrasi adalah mustahil. Pemerintahan Diktator oleh Proletariat merupakan satu-satunya cara melalui mana ini dapat dicapai. Daan apabila kelas kapitalis telah melesap, Pemerintahan ini juga melesap secara automatik.
Di setiap negara, keadaan peperangan wujud di antara kelas pekerja dan pihak kapitalis. Di kebanyakan negara, Pemerintahan Diktator oleh Kapitalis menindas para pekerja dengan ganas, tetapi tidak dapat membasmikan mereka, kerana para pekerja tidak dapat diketepikan. Di Rusia, Pemerintahan Diktator oleh Proletariat sedang membasmikan Kapitalisme – kerana pihak kapitalis tidak diperlukan oleh masyarakat.
Demokrasi politik adalah palsu.
Negara-negara moden mempunyai dua kerajaan; kerajaan politik, di mana setiap orang mempunyai undi secara teori – dan kerajaan ekonomi, di mana golongan minoriti yang memiliki industri dan mengawal pengeluaran adalah pemerintah autokrat ke atas berjuta-juta orang pekerja. Polisi-polisi kerajaan ‘demokratik’ ditentukan oleh ‘kepentingan-kepentingan’ ini. Woodrow Wilson, dalam ‘Kebebasan Baru’ dia, menunjukkan ini apabila dia berkata bahawa Kerajaan Amerika Syarikat terletak dalam tangan perusahaan-perusahaan besar.
Demokrasi politik hanya bermakna bahawa setiap orang dapat mengundi bagi sebuah Kerajaan yang perlu melayani ‘kepentingan-kepentingannya.’
“Kuasa politik, dengan namanya yang betul,” kata Manifesto Komunis, “hanyalah kuasa tersusun satu kelas yang menindas kelas yang lain.” Pertubuhan-pertubuhan kerajaan ‘demokratik’ moden dicipta untuk menjaga dan mengekalkan pengeksploitasian para pekerja oleh pihak kapitalis. Maka, jika kelas pekerja dapat merampas kuasa politik melalui majoriti undi, kuasa itu hanya dapat terus mengeksploitasikan para pekerja – kecuali jika ekonomi industri dirampas dari kelas kapitalis. Pihak kapitalis akan menentang ini dengan ganas – seperti yang mereka telah melakukan pada masa yang lalu – seperti mereka sedang melakukan di Rusia dan Jerman pada hari ini.
Tetapi ia adalah mustahil untuk para pekerja mengambil kuasa kerajaan melalui jentera demokrasi politik. Mereka mesti merampas industri dengan kuasa, membasmi bentuk kerajaan yang sedia ada, dan mendirikan kerajaan baru demi kepentingan kelas mereka sendiri. Kerajaan ini – Pemerintahan Diktator oleh Proletariat – akan merampas harta kapitalis dan merampas hak mengundi dari semua mereka yang enggan bekerja. Apabila kelas kapitalis dihapuskan, peperangan di antara pekerja dan pihak kapitalis akan berkahir, kelas-kelas akan melesap, dan demokrasi akan mengikuti, berdasarkan kesama-rataan dan kebebasan individu.
Demokrasi tulin mesti bertindak mengikut kepentingan masyarakat secara menyeluruh. Bentuk kerajaan kam sendiri adalah contoh jelas sebuah Kerajaan yang direka untuk mempertahankan kepentingan sebuah minoriti – iaitu kelas kapitalis. Walaupun kelihatan seperti demokrasi dalam bentuk, Perlembagaan Amerika Syarikat direka dengan sengaja, oleh tuan-tuan tanah, pedagang-pedagang dan ahli-ahli spekulasi, untuk mendirikan dan menjaga hak-hak harta mereka dan untuk mendiamkan hasrat majoriti rakyat.
Revolusi-revolusi tidak pernah dimulakan oleh majoriti orang – malah Revolusi Amerika tidak dimulakan oleh majoriti – tetapi mereka mesti memiliki kuasa untuk menumbangkan kelas pemerintah. Pada masa yang lalu, revolusi-revolusi yang berjaya sentiasa menggantikan pemerintahan satu kelas minoriti oleh kelas minoriti yang lain. Ciri Revolusi Sosial yang kini berlangsung adalah bahawa ia menghapuskan setiap jenis pemerintahan kelas.
Tetapi Revolusi Sosial juga tidak akan – tidak dapat dimulakan olej majoriti. Ia dimulakan oleh majoriti sebuah kelas – proletariat yang sedar dan tekun, dan aliran Revolusi sendiri membangunkan semakin ramai pekerja kepada kesedaran kepentingan mereka, dan menarik mereka ke dalam vorteks pemberontakan.
Tidak terdapatnya sebab mengapa kuasa-kuasa revolusioner perlu mewakili majoriti mutlak. Malah apabila ianya memeluk majoriti luas kelas pekerja, tindakan-tindakan dan keputusan-keputusan Pemerintahan Diktator oleh Proletariat tidak akan didasarkan pada demokrasi, tetapi pada kedudukan kelas proletariat menentang kedudukan kelas kapitalis. Di Rusia, Pemerintahan Diktator oleh Proletariat tidak dapat kekal selama sejam jika ia tidak berhubungan dengan golongan revolusioner secara berterusan melalui Soviet-Soviet, memimpin walaupun dikawal oleh hasrat popular luas.
Pihak Sosialis sederhana – dan kaum borjuasi – menuduk kaum Bolsheviki dengan menyeru Sosialisme serta-merta, bulat dan sempurna. Betapa gilanya ini! Pemerintahan Diktator oleh Proletariat mesti kekal sehingga Kapitalisme dibasmikan. Kapitalisme adalah antarabangsa; Kapitalisme dunia perlu dihapuskan sebelum Pemerintahan Diktator oleh Proletariat di satu negara diakhiri.
Karl Marx pernah mengatakan, “Proletariat yang berjaya tidak dapat merampas jentera Kerajaan yang sedia ada dan menggunakannya untuk tujuan-tujuannya sendiri.” Ia perlu membina pertubuhan-pertubuhan baru, bukannya berdasarkan pemerintahan ke atas manusia, tetapi pentadbiran benda.
Di Rusia, ia tidak dapat dinafikan bahawa golongan majoriti menginginkan Kedamaian, Tanah dan Kawalan Industri oleh Pekerja. Dari segi di mana ia tidak mempunyai tujuan melainkan untuk memuaskan hasrat rakyat, Pemerintahan Diktator oleh Proletariat adalah demokratik. Dari segi bahawa ia enggan mengambil pendapat pihak ketenteraan, tuan-tuan tanah dan usahawan-usahawan mengenai perihal ini, Pemerintahan Diktator oleh Proletariat menolaj ‘demokrasi.’
* * * * *
Pemerintahan Diktator oleh Proletariat adalah ‘kuasa politik.’ Tujuannya hanyalah untuk membasmikan kelas kapitalis. Kuasa politik pihak kapitalis tidak dapat membasmikan para pekerja – para pekerja adalah penting bagi masyarakat; tetapi Pemerintahan Diktator oleh Proletariat dapat membasmikan pihak kapitalis, kerana mereka tidak diperlukan.
Dikalahkan dalam permainan mengoyak ungkapan-ungkapan Marxsis dari keadaannya, pihak sederhana, apabila mereka melintas sesuatu dalam Marx yang tidak sejajar dengan teori-teori mereka, menjelaskan bahawa dia menulis dengan silap. ‘Pemerintahan Diktator oleh Proletariat’ misalnya, ditulis secara ‘kebetulan’ – “hanya ungkapan semata-mata”; Marx sebenarnya tidak memaksudkannya.
Nampaknya pihak sederhana tidak menyedari di mana ungkapan itu ditulis, jadi mereka memberi kiasan bahawa ia adalah sebahagian daripada Manifesto Komunis, yang ditulis pada tahun 1847. Mereka mungkin memetik beberapa ayat – dikoyakkan daripada konteksnya – dari Perang Saudara di Perancis, ditulis pada tahun 1870, untuk membuktikan bahawa Marx telah mengubah fikirannya.
Sebenarnya, ‘Pemerintahan Diktator oleh Proletariat’ ditulis dalam sebuah dokumen lima tahun lebih awal – Kritikan Terhadap Rancangan Gotha, pada tahun 1875. Marx pada masa itu sudah matang; dia tidak lagi mencari ‘idiom-idiom ganjil’; dia ingin meluahkan dirinya dengan jelas dan tetap – dan dia melakukannya sedemikian.
“Di antara masyarakat kapitalis dan komunis terletak masa peralihan revolusioner dari satu ke yang satu. Ini adalah sejajar dengan masa peralihan politik, di mana Kerajaan tidak dapat menjadi apa-apa melainkan pemerintahan diktator oleh proletariat.”
Ini menghuraikan Kerajaan Rusia Soviet dengan tepat.
Seperti yang dikatakan oleh Marx:
“Mereka (kaum proletariat) tidak mempunyai apa-apa untuk menjaga dan untuk mengukuhkan; misi mereka adalah untuk memusnahkan segala kesemalatan dan penjagaan bagi harta swasta…”
“Pendek kata, anda (borjuasi) menuduh kami dengan ingin memusnahkan segala harta harta. Memang tepat; itulah yang kami ingin melakukan…”
“Pembasmian sifat individu borjuasi, kebebasan borjuasi dan kemerdekaan borjuasi sudah pasti disasarkan…”
Dan begitu juga dengan ‘demokrasi’ borjuasi!
Oleh John Reed
Diterbitkan buat kali pertama pada 12hb Julai 1919 dalam The Revolutionary Age
Diterjemahkan oleh Muhammad Salleh (Mac 2002)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar